Tentang Saya

Saya Muhammad Fais bin Patli dilahirkan pada 21 April 1984, Ampang Selangor. Selepas tamat persekolahan saya mula bekerja di dalam bidang perhotelan. Bermula sebagai pelayan di Restoran di Hotel Nikko dan disitulah bermulanya kerjaya saya sebagai chef . Saya telah di offer untuk part time kitchen selama 5 bulan. Selepas itu atas ajakan kawan-kawan, saya telah di offer untuk jawatan tetap sebagai staff kitchen di Hotel Crown Princess. Sepanjang bekerja di Hotel Crown Princess banyak yang telah belajar. Cara membuat salad, sandwich, souse dressing dan termasuklah ukiran buah-buahan.
Senario tugas sebagai chef di bidang perhotelan ini banyak memberi pengalaman yang berguna. Pengetahuan dalam bidang ukiran buah-buahan juga makin banyak memberi faedah kepada diri saya. Sehinggalah pada tahun 2009 saya telah memasuki pertandingan ukiran buah labu di Convention Centre KLCC. Di sana terdapat ramai peserta dari pelbagai hotel. Alhamdulillah akhirnya ukiran buah labu saya mendapat perhatian dari juri yang menilai. Saya telah mendapat Diploma ukiran kreatif. Saya amat bersyukur sekali. Dan pada tahun 2010, saya telah mengilhamkan untuk menerbitkan buku ukiran buah-buahan ini yang bakal diterbitkan tak lama lagi. Di dalam blog ini diharap anda semua dapat ilmu yang berguna.